Visi, Misi, Objektif umum, objektif operasi dan fungsi istana budaya
VISI
Menjadi medan seni persembahan pentas yang terunggul di Malaysia dan bertaraf dunia.
MISI
Membangun kecemerlangan artistik dalam seni persembahan pentas.
OBJEKTIF UMUM
Menjadi peneraju gagasan 1Malaysia berteraskan pementasan seni yang terunggul.
OBJEKTIF OPERASI
Mewujudkan suatu wadah manifestasi kesenian bermutu tinggi dalam bidang seni tari, seni lakon dan seni muzik yang sesuai dengan aspirasi 1 Malaysia.
Meningkatkan kecemerlangan artistik dalam seni persembahan yang unggul dan cemerlang di Istana Budaya.
Meningkatkan khalayak yang menjurus kepada konsep 1 Malaysia. Menjadi pakar rujuk kepada karyawan dalam keupayaan penghasilan kreativiti kesenian negara.
FUNGSI ISTANA BUDAYA
Merancang dan melaksanakan persembahan berkualiti dalam bidang teater, tari dan muzik di peringkat nasional dan antarabangsa.
Meningkatkan kuantiti persembahan yang cemerlang dan unggul di Malaysia.
Merancang dan melaksanakan strategi pemasaran yang berkesan melalui teknologi komunikasi bagi meningkatkan khalayak.
Menyediakan khidmat nasihat dan meningkatkan kepakaran seni persembahan pentas.