soalan lazim

1. Berapakah jumlah tempat duduk yang terdapat di Panggung Sari?

Terdapat sejumlah 1421 buah tempat duduk dan jumlah ini mungkin berkurangan bergantung kepada jenis acara dan persembahan

 

2. Bagaimanakah untuk ke Istana Budaya?

Stesen LRT terdekat ialah Stesen Kampung Baru (Putra Line) dan Stesen Titiwangsa (STAR Line). Kedua-dua buah stesen terletak berhampiran dengan Istana Budaya. Perkhidmatan bas yang melalui kawasan ini ialah Intrakota No. 10, 49 dan 49A, Len Seng 195, 165 dan 170, dan anda perlu turun sama ada di Hospital Tawakal atau Hospital Besar Kuala Lumpur. Untuk ke Istana Budaya dari kedua-dua hentian ini hanya mengambil masa 15 minit berjalan kaki



3. Bilakah Istana Budaya dibuka?

Istana Budaya dibuka pada tahun 1994 oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed



4. Berapakah keluasan Istana Budaya?


Istana Budaya berkeluasan 5.44 hektar dengan ruang lantai yang berukuran 21,000 meter persegi



5. Istana Budaya dimiliki oleh?


Istana Budaya dimiliki oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Tujuan penubuhannya adalah untuk mempromosikan kebudayaan dan kesenian di Malaysia

 

6. Bagaimana saya boleh membeli tiket?

Anda boleh mendapatkan tiket di kaunter Box Office lima hari seminggu dari pukul 9.00 am hingga 7.00 pm, atau melalui agen tiket kami. Setiap pembelian akan dikenakan bayaran tambahan RM1.00 sebagai bayaran pengurusan. Untuk maklumat lanjut berhubung pembelian tiket, sila hubungi 03-4026 5558



7. Berapakah harga tiket?

Harga tiket ditentukan oleh promoter setiap persembahan dan biasanya di antara RM20 - RM250 bergantung kepada jenis persembahan.



8. Adakah kemudahan disediakan untuk pengunjung yang kurang upaya?

Istana Budaya dilengkapi dengan kemudahan untuk meraka yang berkerusi roda, termasuklah laluan untuk ke ruang legar, lif berbutang rendah, serta ruangan khusus di Balai Hadapan. Kami juga turut menyediakan tandas uniseks untuk mereka yang kurang upaya di Balai Hadapan dan Balai Utama



9. Apakah kod pakaian yang khusus untuk menonton persembahan di Istana Budaya?


Untuk persembahan Orkestra dan Koir, anda perlu memakai 'lounge suit', baju Batik atau kemeja lengan panjang. Bagi persembahan teater dan tarian pula, anda perlu mengenakan pakaian yang kemas. Seluar jean lusuh, t-shirt leher bulat, pakaian yang terlalu terdedah, seluar pendek, pakaian sukan, kasut sukan dan selipar tidak dibenarkan.



10. Wujudkah tempat untuk meletakkan kenderaan?


Terdapat banyak ruang untuk meletakkan kenderaan disediakan percuma.