Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan menyeluruh di dalam melaksanakan tanggungjawab kami:-
- Menyediakan ruang dan peluang kepada penggiat dan penggemar seni tanahair untuk terlibat dengan pementasan atau persembahan secara langsung.
- Mengadakan 100 malam pementasan yang merangkumi persembahan teater, tari, orkestra dan koir.
- Memastikan kualiti persembahan adalah di tahap cemerlang bertaraf antarabangsa.
Sebagai sebuah organisasi kerajaan, peranan Istana Budaya yang utama ialah untuk menyediakan persembahan seni pentas yang berkualiti serta mampu untuk ditonton oleh semua golongan masyarakat Malaysia dan luar negara.